Thursday, July 8, 2010

H

1. Hati jantung manusia itu manakala habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca pecah yang tidak mungkin dipertautkan kembali (Syair)

2. Hening adalah menajamkan fikiran. Sunyi itu menyuruh berfikir, berfikir itu pangkal kehidupan.

3. Hendaklah berfikir dua kali sebelum berbicara kerana telinga dua dan lidah hanya satu. Orang bijaksana selalu berlidah di hati, sedangkan orang jahil berhati-lidah. Kerana itu, yang berkata hati bukannya lidah. Orang sedang marah yang berkata bibirnya, bukan hatinya. Berfikir itu pangkal kemanusiaan. Berfikir itulah kelebihan manusia dari binatang.

4. Hidup dalam pelayaran yang jauh untuk menuju ke akhirat, kerana itu:

a. Perkuat sampan, tampal mana yang bolong

b. Peringan beban

c. Perbanyak bekalan

d. Segala pekerjaan dengan ikhlas

5. Harta itu baru memberi manfaat apabila terpegang oleh orang yang berpengetahuan. Wang sama dengan pasir, kalau telah dibelanjakan kepada yang berfaedah baru ada harganya.

6. Hairan kita pada sesetengah manusia diberi pinjam barang sesuatu tidak mahu mengembalikan dan kalau tidak dipinjamkan dia marah. Kalau kita lupa mengambil dengan sendiri menjadi miliknya.

7. Hendaklah memperhatikan dan mendidik diri sendiri, membersihkan rohani dari segala macam syahwat dan tabiat-tabiat kurang baik. Setelah itu akan dapatlah kita menerima ilmu dan hikmat.

8. Hakikat iman, dua yang selalu diingat:

a. Pertolongan orang lain dan nikmat Tuhan kepada kita

b. Kejahatan kita pada orang lain

Dan dua yang selalu dilupakan:

a. Kejahatan orang kepada kita

b. Pertolongan kita pada orang lain

9. Hari ini berlari cepat seperti kuda yang talinya terlepas. Waktu yang baik itu lari sebagai kencangnya awan. Mensia-siakan waktu yang baik itu suatu kerugian dan penyesalan.

10. Hidup tiada berilmu ibarat sampan yang tidak berkemudi. Orang yangtidak menambah ilmunya bererti kalah dalam perjuangan hidup.

11. Hati sama dengan pisau. Pengetahuan sama dengan batu asahan. Apabila pisau tidak diasah dengan batu asahan tentu pisau akan tumpul dan berkarat. Orang yang tidak mahu menjadi murid tidak pula akan menjadi guru.

12. Hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan kerana bermusuh, hilang kekuasaan kerana lalai, hilang pengaruh kerana lemah.

13. Hendaklah anda tersenyum dalam kecelakaan, tenang dapat keuntungan, sopan santun dalam amarah, lurus dalam miskin, penolong dalam bekerja dan berani dalam berperang.

14. Hanya dengan hati sabar dan kasih sayang maka pengajaran kita masuk dengan mudah di dalam sanubari anak.

15. Harus ikhtiarkan anak anda mempunyai malu bukan pemalu. Sebab mempunyai malu wajib tiap-tiap manusia. Seseorang yang telah hilang malunya boleh dikatakan telah hilang kemanusiaannya.

16. Hati manusia itu umpama biola, tergantung kepada orang yang memegangnya. Jika dia pandai menggesekkannya timbullah daripadanya lagu yang merdu.

17. Hendak tahu jiwa seseorang lihatlah kawan-kawannya atau dengan siapa dia berkawan. Hidup manusia hanya 15% bergantung kepada diploma(didikan) dan 85% bergantung kepada pergaulan.

18. Hakikat buta bukanlah buta mata tetapi buta hati. Hakikat miskin bukanlah miskin harta tetapi miskin budi. Harga manusia itu ialah menurut budi.

19. Habis bisa kerana biasa, hilang geli kerana gelitik. Kebiasaan itu wet alam yang kedua. Sesuatu pekerjaan yang berat apabila telah dikerjakan dengan berulang kali dia merasa ringan akhirnya menjadi kebiasaan dan menarik.

20. Hidup tanpa pujian adalah hidup yang kosong. Pujian yang sewajarnya adalah anak kunci hati manusia.

21. Hargailah orang rendah. Ketahuilah bahawa sutera adalah dari ulat.

22. Hendaklah kita redha menerima apa-apa yang diberikan Allah. Anda akan menjadi manusia yang terkaya di dunia ini.

23. Hina besi kerana karat, hina manusia kerana tidak berilmu.

24. Hidup penuh dengan perjuangan dan kesulitan hidup yang mungkin tidak henti-hentinya. Semuanya silih berganti, kesulitan yang satu disusuli kesulitan yang lain.

G

1. Gunakanlah bakat anda dengan setia, maka bakat itu akan bertambah. Praktikkan apa yang anda ketahui, maka anda akan mendapat pengetahuan yang lebih tinggi (Cicero)

2. Gelap pada lima:

a. Gelap kerana hari malam

b. Gelap mata kerana buta

c. Gelap otak kerana tidak berpengetahuan

d. Gelap hati kerana tidak beragama

e. Gelap penghidupan kerana kandas ekonomi

3. Gagalnya usaha itu sekali-kali tidak memburukkan kita asal dikerjakan dengan ikhlas. Kejadian yang telah berlalu baru ada faedahnya kalau ia menunjukkan jalan dan alat untuk maju.

4. Gunakan waktu sebaik-baiknya kerana masing-masing kita hanya satu kali melaluinya


F

1. Fitrahnya setiap manusia, adalah bersih dan murni (Fatwa Ibn Adz bin Jabal, sahabat Rasulullah S.A.W)

a. Menuntut pengetahuan sama dengan IBADAT

b. Memperkatakannya sama dengan TASBIH

c. Menyelidikinya sama dengan BERJIHAD

d. Mengajarkannya sama dengan SEDEKAH

e. Berfikir tentangnya sama dengan PUASA

f. Menyelidiki ilmu agama sama dengan SEMBAHYANG MALAM

g. Menunjukkan pada keluarga sama dengan MENYEMBELIH KERBAU


Sunday, November 18, 2007

E

1. Erti tangis bayi yang baru lahir: a. Mengucapkan salam kepada ibu bapa dan keluarga. Sesuai dengan hadis iaitu orang yang paling dihormati tiga kali kepada ibu; 1. Ibu mengandung 9 bulan 10 hari ; 2. Waktu melahirkan; 3. Waktu membesarkan; b. Minta syukur kepada tuhan yang menjadikan; c. Mengembangkan badannya kerana tangis adalah senam; d. Tamsil hidup kerana hidup di dunia ini adalah susah.

2. Enam macam hati manusia: a. Hati yang mati , kerana tidak menambah pengetahuan; b. Hati yang hidup iaitu hati yang ada iman; c. Hati yang sihat ialah hati yang taat; d. Hati yang sakit ialah derhaka kepada Allah; e. Hati yang bagun ialah ingat selalu kepada Allah; f. Hati yang tidur, iaitu hati yang lalai.

3. Empat norma hidup: a. Norma keagamaan akibatnya marah tuhan; b. Norma kesusilaan, sesal atau suara hati yang tidak enak, c. Norma kesopanan akibatnya cubaan atau ejekan masyarakat keliling; d. Norma hukum akibatnya paksaan oleh negara.

4. Empat jurusan harta: a. Untuk busuk yang dipakai untuk makan; b. Untuk lapuk untuk pembeli pakaian dan rumah; c. Untuk pupuk yang dipergunakan untuk membeli buku pengetahuan dan untuk sedekah; d. Untuk kutuk yang dipergunakan untuk maksiat.

5. Empat alamat orang cerdik: Berani menempuh bahaya, pandai bermanis muka pada musuh, pandai melihat kesempatan, dapat menimbang pertimbangan orang lain.

6. Empat alamat orang yang beriman: Meninggalkan maki, menjauhi menyakiti hati orang, lekas memberi ampun dan lama baru menjatuhkan hukuman.

7. Empat tanda orang berakal: Cinta pada ilmu, tidak berubah muka menerima umpat dan puji, bagus jawabnya dan banyak benarnya.

8. Empat macam pencarian: a. Pertama akal, ialah orang hidup dengan bertani; b. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang; c. Penghabisan akal orang yang hidup memburuh; d. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal.

9. Empat alamat orang rendah: Membuka rahsia, pendendam, penggunjing dan memburukkan kawan.

10. Empat yang menimbulkan cinta: Muka jernih, sudi menolong, sudi menghindarkan selisih dan menjauhi munafik.

11. Empat soal yang membawa keuntungan hidup: Benar pembicaraanya, malu melakukan pekerjaan yang tidak baik, baik budinya dan suka berterima kasih.

12. Empat sempurna dengan empat: Ilmu dengan larangan larangan; Agama dengan taqwa; Amal denga niat; Kemuliaan dengan kelebihan.

13. Empat yang mesti dijaga: Teguh menjaga kehormatan; Redha menerima sedikit; Berbuat kebaikan setiap hari memelihara lidah.

D

1. Dasar hidup kita, jangan hidup sebagai kiambang, menjulang ke atas tidak ada kekuatan ke bawah. (Drs. Hatta).

2. Dari satu benih pohon jati bisa tumbuh hutan-hutan. (Emerson).

3. Dirikanlah takhta yang esa setiap hari atas terus terang kemelaratanmu dan ketahuilah kebesaran zahir maya semata dan keangkuhan bersifat fana. (Rabindranath Tagore).

4. Diamankan dunia: a. Adilnya pemimpin; b. Ilmunya ulama; c. Pemurahnya orang kaya; d. Doanya orang yang taat; e. Memegang amanatnya saudagar; f. Dinamik aktivitasnya pemuda. Dan pemuda hendaklah mempunyai jiwa singa, jiwa dinamis dan jiwa produktif.

5. Di sawah cangkul berlebih, waktu makan, piring tidak mencukupi. Kalau makan tebu hendak sebelah ke pangkal, tetapi menyandang betung hendaklah ke hujung. Terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar. Membeli mahu seharga ubi, tetapi makan hendak roti.

6. Dalam kehidupan ini yang selalu kita jumpai susah dan senang yang silih berganti. Lepas dari kesusahan datang kesulitan yang lain. Kesenangan itu terletak antara dua kesusahan dan kesusahan itu terletak antara dua kesenangan. Ada kenikmatan yang dibungkus dengan kesenangan. Di samping kesulitan ada kelapangan. Yang buruk itu ada faedahnya dan yang baik itu ada pula celakanya. Kalau rahmat sudah datang, maka sekalian bahaya yang ada pada anda jadi bahagia.

7. Di mana kemewahan telah dijadikan dasar dari penghidupan satu bangsa di sana telah tersurat kejatuhan bangsa itu. Jangan tertipu dalam kesenangan dan gelisah sewaktu kesusahan. Bersukacita kerana kesukaran yang kecil perlu bagi manusia inilah sifat orang kaya hati. Tetapi anak yang selalu diberi kehendaknya miskinlah jiwanya.

8. Dalam penghidupan anda akan diuji dengan lima cubaan: a. Dengan kecemasan; b. Dengan kelaparan; c. Kekurangan harta benda; d. Kebinasaan diri; e. Kerosakan tanaman.

9. Dengan perjuangan yang tidak mengenal susah dan payah, tak mengenal sakit dan senang, dapat memuliakan diri seseorang. Gagal dalam kemuliaan lebih baik dari menang dalam kehinaan. Hidup ertinya berjuang kalau tidak berjuang ertinya tidak hidup. Dunia ini adalah medan pengujian, manakah manusia sejati dan manakah yang palsu.

10. Dalam penghidupan, berjalan lurus berkata benar kerana tidak ada salah yang tidak ditimbang dan hutang yang tidak dibayar. Yang bongkok dimakan sarung, tidak ada busuk yang tidak berbau, bengkak yang tidak meletus. Yang benar akan tegak yang batil akan tumbang.

11. Di dunia ini lebih mudah membuat kebaikan dari kejahatan. Tetapi manusia lebih condong mebuat kejahatan dari kebaikan. Sebabnya nafsu lebih tua umurnya dari akal, iblis lebih tua umurnya dari manusia. Sedang manusia dikepung oleh empat penjuru musuh, kiri hawa, di kanan nafsu, di muka dunia, di belakang syaitan yang menunda ke muka. Tubuh dan dunia dalam kekotoran kerana itu perlu pengetahuan dan keimanan serta bersihkan jiwa.

12. Damai yang ada di hati manusia akan menimbulkan damai di muka bumi, kejahatan yang ada di hati mengakibatkan kacaunya masyarakat. Hati yang beriman akan menimbulkan perasaan dan akhlak yang tinggi. Kayuhlah biduk anda tetapi jangan halangi biduk orang yang lain.

13. Dalam berfikir, berbicara dan berbuat hendaklah kita memperlihatkan kepentingan orang lain.

14. Dengki itu sebagai karat besi yang semakin lama semakin memakan diri. Hasrat itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan segala kayu bakar yang kering. (Hadis).

15. Di dalam kegelapan dan kesusahan itu tersembunyi pengalaman, rahsia hidup dan nasihat-nasihat kebijaksanaan yang berharga. Orang banyak percubaannya maka ilmunya akan bertambah-tambah.

16. Daripada ada berpendapat besar tetapi mengekor lebih baik berpendapat kecil dengan tegak sendiri. Rezeki musang tidak akan dapat pada helang.

17. Di antara sifat orang-orang yang bebudi: a. Menahan perasaan adalah satu pengorbanan yang terbesar; b. Cubalah tidak sukacita sewaktu tertawa, dan tidak berduka tatkala menangis.

18. Dalam masyarakat tampaknya segenggam wang lebih kuat dari dua genggam kebenaran, kerana bila wang bersuara kebenaran diam.

19. Dunia ini untuk kegembiraan tetapi kegembiraan tetapi kegembiraan itu dibungkus dengan kesusahan hidup. Dunia jambatan yang tidak kekal untuk dilalui ke negeri yang kekal.

20. Di mana tiada helang, kata belalang akukan helang. Jarang sekali bahawa helang itu akan melepaskan anak ayam dari kukunya.

21. Di mana ada kemahuan, di sana ada jalan. Di mana ada kesulitan, di sana ada kelapangan.

22. Dalam kesusahan; emas juga kelihatannya tidak bercahaya dan dalam keberuntungan besi pun kelihatan mengilap.

23. Dari kesusahan itu akan diperdapat kesenangan. Sebab durian berduri lantaran enak isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya, bunga ros berduri lantaran harumnya. Siapa membelah ruyung akan dapat sagunya.

24. Diam membawa selamat, santun membawa kemuliaan, dermawan membawa kebahagiaan, syukur membawa tambahan.

25. Dengan tidak terasa kita diserang umur tua kerana jam, hari, bulan, dan tahun lewat sebagai bayangan. Semakin bertambah hari bulan bukanlah umur bertambah panjang, tetapi umur semakin pendek dan semakin dekat dengan pintu kubur.

26. Dari satu kesalahan kalau anda tidak sabar, jatuh lagi pada tiga lain kesusahan, dalam kesusahan jangan lupa pengharapan dan dalam kesenangan jangan lupa tujuan.

27. Dalam pertandingan sepak bola kerap kali kemenangan direbut pada saat lima minit lagi pertandingan akan selesai.

28. Dengan perkataan terbuka pintu syurga, dengan perkataan juga terbuka pintu neraka. Yang paling manis bukan gulam tetapi lidah. Dan yang paling pahit bukan hempedu tetapi juga lidah. Perkataan yang manis seperti santan dengan tengguli, dan perkataan yang tajam seperti ali pencungkil duri.

29. Delapan yang menyebabkan muka bercahaya: a. Kesihatan terjaga; b. Kegembiraan; c. Sinar pengetahuan; d. Kesucian batin; e. Kekuatan keimanan; f. Tidak banyak dosa; g. Hidup optimis; h. Berani dan sabar.

30. Damai dan rukunnya rumahtangga: a. Mendalami ilmu agama; b. Akhlak yang tinggi; c. Pergaulan yang harmonis; d. Hemat dalam rumahtangga; e. Menyelidiki kesalahan sendiri.

31. Dunia ini seperti roda pedati, kesusahan dengan kesenangan silih berganti. Kesulitan itu hanya sebentar, kesenangan itu hanya sekejap.

32. Dunia ini diperoleh bagi orang yang berusaha keras, bagi orang pemalas tertutup.

33. Dunia ini penuh dengan beraneka kesusahan, orang takwa tidak akan susah sebagaimana ikan tidak masin yang tinggal di air laut yang sangat masin.

34. Dari kesusahan dapat pengalaman, dari kesalahan dapat kesempurnaan, dari kesilapan dapat kesedaran.

35. Dunia ini sebagai minum air laut, semakin diminum semakin haus, akhirnya mati dalam kehausan. (S. Ali).

36. Dimanapun bangkai disembunyikan pada saatnya pasti tercium juga.

C

1. Cara menyempurnakan rahmat ialah kasih sayang tuhan kepada anda dengan melalui ketaatan anda. Datang ketaatan dengan keimanan dan keimanan dengan pengetahuan.

2. Cinta menghendaki kepercayaan dan kepercayaan meminta ketetapan hati. Tiap-tiap yang akan lahir itu biasa menanggung kesusahan. Kemenangan itu terletak kepada orang yang lebih keras hatinya.

3. Capailah dengan merdeka itu kemasyhuran tetapi jangan dengki pada kemasyhuran orang lain. Orang yang dengki melihat keuntungan orang lain tandanya belum luas pengetahuannya.

4. Carilah seribu sahabat kerana seribu sahabat belumlah banyak dan jauhilah seorang musuh kerana musuh seorang itu sudah terlalu banyak.

5. Cubalah menangis dalam ketawa, tersenyum sewaktu menangis dan dalam kesempitan juga menolong orang dalam kesusahan memujuk orang.

6. Cita-cita yang tinggi itu biasa selalu tercapai tak ubahnya dengan nyala api bila ada yang menghalanginya, tentu hangus dan menjadi abu.

7. Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati.

8. Cita-cita itu adalah emas, memberi bererti menerima dan orang yang suka melupakan dirinya akan memperoleh dirinya sendiri.

9. Cara memarahi kemenakan : ialah diikat tangannya dengan gelang dan diikat lehernya dengan leontin.

10. Cinta itu terbagi lima, iaitu: a. Cinta manusia pada dirinya; b. Cinta kepada orang kerana kecantikannya; c. Cinta pada orang kerana ketinggian budinya; d. Cinta pada orang yang berjasa kepadanya; e. Cinta yang berbalas-balasan.

11. Cerita itu adalah emas, memberi bererti menerima dan orang yang suka melupakan dirinya akan memperbodoh dirinya sendiri.

12. Cinta itu dapat membawa bahagia, tetapi dapat pula membawa penderitaan batin dan meracuni hati.

13. Cintailah musuh anda sebab dia yang akan menunjukkan kesalahan-kesalahan anda. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang memuji-muji kita, tetapi ialah yang dapat menunjukkan kesalahan kita.

Sunday, November 4, 2007

B

1. Bertindak dengan nafsu sama dengan belayar ke lautan di waktu badai dan taufan sedang mengamuk. (Dr. Tuller).

2. Banyak bicara itu menunjukkan sedikit pekerjaan. Kita hendaklah sedikit bicara banyak bekerja. Diam itu emas berbicara itu perak. Banyak orang menyesal kerana terlanjur bicara dan yang bersyukur kerana diam. Adakah manusia yang tidak menyesal sesudah membuat kejahatan?

3. Banyak diam itu berfikir, banyak berbicara itu penyesalan (Socrates).

4. Bahawa ahli kubur itu setiap saat menunggu-nunggu apabila anda akan sampai pada mereka, dia telah bersiap untuk mengazab anda yang berdosa. (Imam Ghazali).

5. Banyak orang mencapai kebesaran berkat banyak kesulitan dan kesukaran yang mereka hadapi. Semak-semak yang terkuat tumbuhnya di atas tanah yang paling keras. Kegelapan mencemerlangkan bintang-bintang, kesedihan mencemerlangkan manusia. (Burn).

6. Berapa banyaknya pembacaan sesuatu bangsa adalah termometer kemajuan bangsa. Berapa banyaknya buku pengetahuan di rumah seseorang adalah ukuran kemajuan orang itu. Banyak membaca bererti mendidik diri sendiri. Pembacaan itu adalah guru yang pandai dalam segala ilmu. Universiti yang paling tinggi ialah di pembacaannya. Hidup itu pokok harta dan ilmu itu labanya.

7. Bertambah luas akal, bertambah luas hati, bertambah luas hidup, bertambah datangnya bahagia. Bertambah sempit pula hidupnya dan bertambah datangnya celaka.

8. Barang siapa mencintai sesuatu ia akan diperbudak oleh yang dicintainya itu. Orang sufi menganggap cinta dunia itu pokok segala kejahatan.

9. Barang yang batil yang diorganisasi dapat mengalahkan yang hak, yang tidak diorganisasi (S. Ali). Tidak ada ertinya organisasi tanpa disiplin tidak ada gunanya tanpa ketaatan. (S. Umar).

10. Banyak yang berani ketika musuh lari, kalau pemimpin berani tidak ada rakyat yang penakut. Mengejar perang dengan berani, mengejar kerja dengan usaha.

11. Barang siapa yang tidak mengindahkan dirinya rendah budi pekertinya. Sangat hina orang yang lupa keaiban dirinya dan suka memperhatikan keaiban orang lain.

12. Berhasil tidaknya maksud kita itu bergantung kepada keberanian hati kita. Orang yang putus asa lenyap keberaniannya. Putus asa adalah sifat yang sejahat-jahatnya. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam juga.

13. Bagi orang yang pandai bergaul masyarakat terbuka lebar baginya. Kalau pandai bergaul yang berat menjadi ringan yang jauh menjadi dekat, yang sulit menjadi mudah. Dunia baginya hanya sebesar kelerang.

14. Bagi orang yang bekerja tak ada hari yang panjang. Bekerja itu adalah satu ubat yang menyihatkan jiwa. Hasil pekerjaan itu lebih baik dari perkataan yang bagus.

15. Berfikir, kemahuan dan bekerja adalah alat untuk melaksanakan cita-cita. Berfikir anda banyak dan berkatalah anda sedikit.

16. Buah durian itu tidak jauh dari batangnya. Borek bapanya, rintik anaknya. Dosa anak dosa bapanya, maka didiklah anak-anak dengan agama.

17. Berjanji hendaklah lambat-lambat, menepatinya hendaklah dengan cepat. Membuat sesuatu keputusan rapat pelan-pelan tetapi melaksanakan putusan itu hendaklah dengan segera.

18. Balam yang lupa pada jerat; tetapi jerat tidak lupa sama balam. Buah lengah itu sesalan buah keras, hati itu selamat jangan tertipu dengan kesenangan dan jangan pula hilang ingatan waktu kesusahan. Siapa tertidur kemalingan dan siapa lalai semua pekerjaan terbengkalai.

19. Buatlah terlebih dahulu dengan perbuatan barulah tunjukkan dengan perkataan. Kejahatan orang itu dibalas dengan kebaikan adalah menambah martabat kita. Kalau dua orang bersengketa, orang yang ketiga merasa girang.

20. Berlambat-lambat selamat dan terburu-buru nafsu itu sesalan. Siapa yang lama berfikir ia akan bekerja sedikit.

21. Berapa mahalnya berlian bagi ayam tiada berguna, ayam lebih suka pada yang kotor. Dan berapa nilainya kalung emas bagi itik tidak diindahkan kerana ia tidak memerlukannya.

22. Banyak sekali diam yang lebih berfaedah dari perkataan. Terpeleset lidah lebih merugikan dari terpeleset kaki kerana terpeleset lidah membawa kebinasaan. Adakalanya manusia harus mengucapkan syukur kerana dia lupa iaitu lupa membalas dendam.

23. Bekerja alat yang sebagus-bagusnya supaya orang cinta akan hidupnya. Bekerja itu pahit akarnya, tetapi manis buahnya. Orang yang sibuk bekerja terasa waktu itu pendek. Biasa pekerjaan yang mula-mula itu salah dan tidak sempurna. Jika kita tidak belajar dari kesalahan kita, kita tidak bisa mencapai apa-apa.

24. Bekerja itu menguatkan tubuh dan terlalu banyak kerja melemahkan tubuh.

25. Boleh jadi kesusahan yang anda derita itu kemudian hari menjadi kenang-kenangan yang tidak ternilai harganya bagi anda.

26. Berjanji ertinya berhutang. Tiap-tiap hutang wajib dibayar. Yang lebih kaya bukanlah orang yang banyak harta melainkan manusia yang tidak berhutang.

27. Barangsiapa terus menerus menyerahkan hatinya kepada tiupan taufan kesusahan, tak boleh ia akan terdampar ke pantai kemelaratan.

28. Berikan kita punya harta, tenaga, waktu, fikiran, kegembiraan, keberuntungan dan senyuman kepada orang lain.

29. Bagi seorang yang beriman ” Sakit dan susah” itu adalah kulit. Yang isinya rahmat dan nikmat kerana jalan inilah dapat dengan mudah merasakan bahawa tuhan iu adalah dekat. Maka dengan demikian si sakit dan si susah itu adalah pilihan tuhan untuk merasakan rahmat dan nikmat-Nya (M. Nasrun, SH).

30. Bagaimana hidup kita yang akan datang kita tidak mengetahui buruk dengan baik tidak bercerai dengan kita. Hidup seperti roda pedati kerana itu pergunakan sihat sebelum sakit, kuat sebelum lemah, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

31. Bertanya sekali dapat malu tidak bertanya selama-lamanya dapat malu. Malu bertanya sesat di jalan. Orang yang mahu bertanya ialah orang yang tinggi budinya.

32. Barangsiapa merasa bagus fikirannya sesatlah ia dan barangsiapa merasa cukup dengan ilmunya tergelincirlah ia. Orang yang mengaku bodoh tandanya orang pandai dan orang yang mengaku pandai tandanya orang bodoh. Yang sebuta-buta manusia ialah orang yang menyangka terang penglihatannya.

33. Barangsiapa meloncat terlalu lebar akan jatuh ke dalam parit. Tingginya jatuh seseorang menurut berapa yang dipanjatnya. Kerana itu janganlah memanjat terlampau tinggi agar tidak jatuh terlampau keras.

34. Berbaktilah kepada ibu bapa kerana tidak lama lagi ia akan meninggalkan anda. Dan hormatilah keduanya tanda ketinggian budi. Banyak orang menyesal kerana belum dapat berbuat baik ketika keduanya masih hidup.

35. Bagi orang yang berkemajuan waktu itu tidak cukup dan bagi orang yang jahil waktu berlebih. Bagi orang yang telah maju lebih berharga pengetahuan daripada emas. Bagi orang yang jahil tidak mementingkan ilmu hanya mementingkan mengisi perut.

36. Berusaha dengan pena itu lebih luas daripada bekerja dengan pedang.

37. Berkenalanlah kepada Allah di waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada anda di waktu susah. Orang yang mendekati Allah sehasta, Allah mendekati sedepa. Orang yang menuju Allah berjalan Allah menujunya berlari.

38. Barangsiapa yang jatuh belumlah boleh dikata kalah, akan tetapi siapa yang jatuh tidak mahu bangkit berdiri kembali itulah sebenarnya yang kalah.

39. Biar sehari menjadi harimau daripada setahun menjadi kambing.

40. Besar negeri tidak terletak pada luas tanah atau banyak penduduknya, melainkan tergantung kepada kemajuan negeri itu, ekonomi, kecerdasan dan budi bahasa penduduknya.

41. Barangsiapa menurutkan kelemahan nescaya kehilangan haknya. Barangsiapa menerima pengaduan nescaya kehilangan sahabat.

42. Barangsiapa mengajak kepada kebaikan, maka hendaklah mengajaknya dengan cara yang baik pula.

43. Berkawan dengan orang pintar sama dengan berdiri dekat orang yang menjual minyak wangi, dan bergaul dengan orang jahil seperti berdiri dekat tukang besi, kalau kena baranya paling kurang kena asapnya.

44. Barangsiapa hendak membereskan rumah tangganya harus lebih dahulu membereskan dirinya.

45. Berlakulah sederhana pada siapa juga hingga orang di bawah kita menghargai kita dan orang yang di atas menyegani kita.

46. Bila seorang manusia tidak dapat menguasai hawa nafsunya, akhirnya nafsu itu akan merendahkan dirinya walau pada mulanya dia seorang yang terhormat.

47. Bijaksana itu diperoleh untuk orang yang meningkatkan kebenaran. Sesat itu diperoleh untuk orang yang mencari kekayaan. Ilmu itu diperoleh untuk orang yang menghendaki.

48. Boleh jadi anda benci pada sesuatu, sedangkan dia ada baik bagi anda dan boleh jadi juga anda cinta sesuatu, padahal dia mungkin jahat pada anda.

49. Budi merangkak, akal menjalani, ikhtiar memilih dan untung menyudahi.

50. Bersatu itu nikmat, berpecah laknat. Bersatu itu teguh bercerai itu roboh. Tuah manusia semuafakat, celakanya bersilang. Barang sesuatu yang berpecah belah dan tiap-tiap lemah akan dimakan oleh si kuat.

51. Berusaha buat makan, makan buat hidup, hidup untuk menambah pengetahuan, pengetahuan untuk keselamatan dunia dan akhirat.

52. Barang sesuatu yang anda kerjakan fikirlah lebih dahulu masak-masak.

53. Berbahagialah orang yang mementingkan menyelidiki cela dirinya, dan tidak hanya menyelidiki orang lain. Menunjuk orang hanya satu jari kepadanya, sedang tiga jari menunjuk pada diri sendiri. Kuman di seberang laut kelihatan, gajah di pelopok mata tidak kelihatan.

54. Barangsiapa yang merasa dirinya sebagai cacing jangan hendaknya mengeluh apabila diinjak orang.

55. Bilamana usaha itu hanya untuk perut, maka harga hidupnya hanya sekadar yang keluar dari perut. (S. Ali).

56. Bangunlah peribadi anda sekuat tenaga sehingga sebelum tuhan menentukan, takdir perlu datang. Ia menghampiri dan berkata sendiri apakah kehendak anda.

57. Boleh jadi di balik penderitaan yang anda hadapi terletak kebahagiaan dan sesudah kesenangan ada bahagia.

58. Bukanlah dalam menyabit pada terletaknya kegembiraan, melainkan menyabit pada yang ditanam sendiri. Dan jiwa manusia bukan tumbuh kerana upah, tetapi kerana kerja yang sewajarnya mendapat upah (Multatuli).

59. Bukanlah cara berfikir manusia yang menjelaskan hidupnya, tetapi cara hidupnyalah yang menentukan caranya berfikir.

60. Bagi orang yang pemurah satu kesenangan baginya menolong orang lain. Bagi orang bakhil kesenangannya apabila orang tidak meminta apa-apa kepadanya.

61. Barang yang tidak halal tidak tahan dipandang orang dan kebohongan tidak tahan kena sinar matahari.

62. Berapa harganya ketawa yang disudahi dengan ratap dan tangis tentu tidak semahal harga sedu sedan yang diakhiri senyum simpul.

63. Barangsiapa yang tidak hendak maju dan tidak bernafsu mencari kemajuan, maka jiwanya seumpama lentera yang kehabisan minyak, makin lama makin suram, kemudian menjadi gelap sama sekali dan menyusahkan alam sekelilingnya.

64. Barang sesuatu yang menjadi pokok ialah hati. Biar badan payah asal hati senang. Untuk kesenangan hati orang menghabiskan harta. Kalau hati tersinggung segala harta yang dicarinya selama ini ditinggalkannya.

65. Berhutang itu menarik hati kalau dijalankan menjatuhkan budi, akhirnya menyusahkan hati, kalau tidak terbayar menyeksa diri.

66. Besar hutang kerana dipermudah, berat hutang kerana tidak dibayar, kecil hutang diansuran dan lancar hutang kerana bayaran.

67. Berani sifat kemuliaan kerana berada di tengah-tengah antara pengecut dan membabi buta. Pemurah itu kemuliaan kerana pertengahan antara bakhil dengan boros.

68. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi nakhoda bagi bahtera hidupnya.

69. Biar saku kosong asal jiwa kaya, daripada saku penuh dengan wang, tetapi otak kosong.

70. Bahawa kita memungut apa yang kita tanam dan kita membayar kembali kesalahan-kesalahan yang kita lakukan.

71. Bahawa tidak dapat tidak seorang mesti gagal agak sekali dalam hidupnya. Dengan kegagalan itu dapat mengetahui di mana segi kelemahan dirinya. Gagal sekali tidak mengapa, yang rumit ialah jika jatuh dua kali di tempat yang serupa itu juga.

72. Buat mengubat jiwa adalah empat: a. Berani kepada kebenaran takut kepada kesalahan; b. Tahu rahsia dari pengalaman penghidupan; c. Pandai menjaga kehormatan batin; d. Adil walaupun pada diri sendiri.

73. Buat menjaga kesihatan jiwa ada enam: a. Bergaul dengan orang yang berpengetahuan agama; b. Difikir dan ditimbang sebelum mengerjakan sesuatu; c. Menahan syahwat dan marah; d. Memeriksa kecelakaan diri sendiri; e. Membiasakan pekerjaan yang berhubungan dengan fikiran; f. Sabar menghadapi sesuatu.

74. Bila disaat orang lain dalam kegelapan, terpesona atau cemas melihat sesuatu kejadian yang dipandangnya besar, bagi orang yang bijaksana hanya diterima dengan senyuman sebab dia sudah tahu. Kerana jalan fikirannya sudah menentukan bahawasanya hal begini kalau begini mulanya, begini lawannya mestinya begini hujungnya.

75. Bahawa tuhan meninggikan darjat-darjat orang yang beriman dan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan berapa tingkat, Ibnu Abbas menerangkan: bahawa ada 700 darjat kelebihan orang alim ulama. Antara tiap-tiap dua darjat jaraknya 500 tahun perjalanan.

76. Bahawa Allah dan Malaikat beserta ahli langit dan bumi mengucapkan selawat, bintang di darat, dan ikan di laut turut mendoakan kepada Allah dari satu kalimat yang diajarkannya kebaikan.

77. Bagi orang membuat satu kesalahan akan timbul bintik-bintik hitam pada hatinya. Kalau dia membuat kesalahan lagi bertambahlah bintik-bintik hitam itu. Lama kelamaan akan merosak sehingga akhirnya meliputi hatinya. Hati yang telah dibungkus dosa itulah hati yang beku dan berkarat.

78. Biasakanlah bersikap jujur dan benar, sekalipun di depan anda dilihat bahaya, sebab itu bukan bahaya tetapi bahagia. Jauhilah pembohong sekalipun anda lihat di depan anda bahagia, sebab itu bukan bahagia, tetapi bahaya.

79. Buat mencapai peri kemanusiaan ialah hati yang terdidik dan fikiran yang terpelajar, dengan ini timbul pasangan yang halus dan hidup yang berfikir kerana hati telah disinari Nur Ilahi dan kepada yang berisi pengetahuan.

80. Bahawa tubuh yang terpisah dengan pengetahuan jiwanya akan sakit, hatinya akan berkarat. Kalau sampai 40 hari hatinya akan mati.

81. Bahawa orang yang tidak beriman memandang alam ini dengan satu mata sedang orang yang beriman memandang dengan dua mata ialah dengan pandangan batin iaitu mata hati. Kerana pandangan batin inilah orang tidak mahu membuat kejahatan walaupun tidak ada orang yang melihatnya, kerana itu pula orang dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya.

82. Buatlah rencana kemajuan hidup dan kemudian jalankan rencana itu walaupun susah payah, kerana dalam diri ada energy atau tenaga untuk bertumbuh dan mengalir terus.

83. Bongkarlah kekotoran jiwa dari dada, supaya masuk keimanan, kerana kandang ayam yang ada musang tidak akan dimasuki ayam.

84. Berlian walaupun terletak di lumpur juga akan bercahaya, tetapi kotoran ayam walaupun diletakkan di atas meja akan tetap berbau yang tidak enak.

85. Bagaimana jugapun kejadian sesuatu akhirnya kebenaran tetap menang, kebatilan menunggu ajalnya kerana alam ini tidak mahu mengandung kotoran.

86. Binatang tahan palu, manusia tahan kias. Terlampau arif badan binasa dan kurang arif badan celaka.

87. Bertukar hari adalah hidup baru. Setiap saat digunakan sebaik-baiknya, dini dan kini adalah kesempatan anda.

88. Batang dari budi adalah perasaan, perasaan menimbulkan santun, malu dan tegang menegang. Batang dari fikiran ialah akal. Akal ialah kekuatan fikiran untuk menimbang sesuatu. Kesopanan budi ialah kerana agama.

89. Budi berpantang kecurian, faham berpantang keterjual. Orang pembohong besar kena, orang terburu-buru hilang akal.

90. Bersukacita kerana kesukaan yang kecil, perlu bagi manusia, inilah sifat orang kaya hati. Fikiran yang gembira itu adalah pesta buat selama-lamanya.

91. Berusahalah terus kerana berjalan itu asalnya dari selangkah. Beringin asalnya biji yang kecil dan burung garuda yang besar yang melayang di udara asalnya dari sebutir telor.

92. Beriman dan beramal sumbernya ialah berilmu. Ilmu diperdapat dengan belajar. Dan tidak ada erti keimanan kalau tidak ada beramal. Dan tidak ada pula erti beramal kalau tidak dengan ikhlas.

93. Berluluk juga mengambil cikarau. Orang yang tidak mengalami kesusahan ertinya tidak hidup. Orang-orang besar itu penuh dengan beraneka warna penderitaan. Ombak yang besarlah yang melahirkan nakhoda yang cekap.

94. Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah menunjukkan baginya jalan menuju syurga.

95. Berbuat baik bukan kerana budi, melainkan kerana bakti. Menolong orang kerana kewajipan, bukan kerana udang di balik batu.

96. Banyak orang yang ingin menceritakan sebuah cerita dua kali, tetapi tidak ada orang yang ingin mendengarnya lebih dari sekali. (William Hazlift).

97. Bagi orang beriman kesenangan dan kesulitan itu sama saja. Diberi nikmat ia syukur dan diberi kekurangan/kesulitan ia sabar, sehingga ia tetap berada di jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah.

98. Bila ingin umur panjang: a. Jangan mudah marah; b. Selalu hidup gembira; c. Setiap hari memakan empat puluh macam makanan; d. Mencari kesibukan-kesibukan jasmani dan kesibukan-kesibukan rohani.

99. Banyak membaca lebih luas pandangan dan lebih banyak yang kita ketahui.

100. Bahawasanya Allah dan malaikat-malaikatnya serta penghuni langit dan bumi hingga semut pun dan juga ikan di laut, semuanya memohon rahmat untuk orang yang mengajarkan ilmu bagi manusia (H.R. Turmudzi).

101. Bakat berkembang dalam kesunyian, karir terbentuk dalam kesibukan.

102. Banyak orang berusaha memperbaiki orang lain tetapi ia lupa memperbaiki dirinya sendiri (Leo Tolstoy).

103. Barangsiapa yang mendekatkan dirinya kepadaku sejengkal, maka aku akan mendekatkan dir kepadanya satu hasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan dirinya kepadaku satu hasta, maka Aku akan mendekatkan diri kepadanya satu depa. Dan apabila ia menuju kepadaku dengan berjalan, maka Aku akan menyongsongnya dengan berlari (Hadis Qudsi).

104. Bahaya dengki. Orang dengki membinasakan dirinya dengan 5 akibat: a. Menderita dukacita yang berlarut-larut; b. Menderita kecelakaan yang tidak dapat ditolong; c. Beroleh celaan orang kiri kanan; d. Dimurkai tuhan; e. Ditutup untuknya pintu hidayat dan taufik. Hasad dengki itu menghilangkan keindahan: badan, jiwa, akal, wajah. Hasad adalah sebagai karat besi, semakin lama semakin memakan diri atau serupa dimakan bubuk dan menghabiskan amalan sebagai api, menghabiskan kayu yang kering.

105. Bahaya zina: a. Hilang cahaya mukanya; b. Tinggi rezekinya; c. Kurang keberkatan hidupnya; d. Dibenci masyarakat; e. Dimurkai tuhan.

106. Berdebar-debar itu adalah manifestasi dari ”perasaan yang berontak” itu dapat makin lama makin berkurang dan akhirnya menghilang setelah kejahatan dilakukan berulang-ulang.

107. Barangsiapa yang duduk 8 macam manusia akan ditambah Allah 8 macam hidup; a. Barangsiapa yang suka duduk berserta orang kaya akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia; b. Barangsiapa suka duduk bersama orang miskin akan dijadikan Allah kepadanya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah; c. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Penguasa negara) akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya; d. Barangsiapa yang suka duduk dengan wanita, akan ditambah Allah bodoh dan syhwatnya; e. Barangsiapa duduk bersama kanak-kanak akan ditambah kesukaannya main-main dan bersenda gurau; f. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambah beraninya berbuat dosa; g. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang saleh akan bertambahlah keinginnya berbuat taat; h. Barangsiapa yang suka duduk dengan ulama akan bertambahlah ilmu dan waraknya (Abdullaits-Faqih).

108. Bantinglah otak mencari ilmu sebanyak-banyaknya guna mencari rahsia besar yang terkandung di dalam benda besar yang bernama dunia ini, tetapi pasanglah pelita dalam hati sanubari, iaitu pelita kehidupan jiwa (Al-Ghazali).

109. Bahawasanya kemarahan itu datangnya dari syaitan, sedangkan syaitan dijadikan dari api. Api dipadamkan dengan air. Apabila seorang marah hendaklah ia mengambil wudhu’.

110. Berbuatlah baik kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada anda (Q).

111. Buku merupakan perbendaharaan yang tidak ternilai untuk kemajuan hidup. Hidup kita seluruhnya adalah masa belajar. Sabda Nabi: Tuntutlah pengetahuan itu dari buaian sampai ke liang lahad.

112. Biar tempat sempit asal hati lapang. Beralam luas berpadang lapang. Sesuatu yang baik, dibawa buruk, akan menjadi buruk. Sesuatu yang buruk dibawa baik ia akan menjadi baik.

113. Bahaya yang tersembunyi dalam dosa yang kecil ialah bahawa ia tetap kecil (Kong Fu Tze). Bergaul dengan orang bodoh adalah seksaan bagi jiwa (Busford). Kerugian, kesusahan, kelemahan dan kehinaan bukan diterbitkan nasib jelek akan tetapi oleh kerana kebodohan.