Sunday, November 18, 2007

C

1. Cara menyempurnakan rahmat ialah kasih sayang tuhan kepada anda dengan melalui ketaatan anda. Datang ketaatan dengan keimanan dan keimanan dengan pengetahuan.

2. Cinta menghendaki kepercayaan dan kepercayaan meminta ketetapan hati. Tiap-tiap yang akan lahir itu biasa menanggung kesusahan. Kemenangan itu terletak kepada orang yang lebih keras hatinya.

3. Capailah dengan merdeka itu kemasyhuran tetapi jangan dengki pada kemasyhuran orang lain. Orang yang dengki melihat keuntungan orang lain tandanya belum luas pengetahuannya.

4. Carilah seribu sahabat kerana seribu sahabat belumlah banyak dan jauhilah seorang musuh kerana musuh seorang itu sudah terlalu banyak.

5. Cubalah menangis dalam ketawa, tersenyum sewaktu menangis dan dalam kesempitan juga menolong orang dalam kesusahan memujuk orang.

6. Cita-cita yang tinggi itu biasa selalu tercapai tak ubahnya dengan nyala api bila ada yang menghalanginya, tentu hangus dan menjadi abu.

7. Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati.

8. Cita-cita itu adalah emas, memberi bererti menerima dan orang yang suka melupakan dirinya akan memperoleh dirinya sendiri.

9. Cara memarahi kemenakan : ialah diikat tangannya dengan gelang dan diikat lehernya dengan leontin.

10. Cinta itu terbagi lima, iaitu: a. Cinta manusia pada dirinya; b. Cinta kepada orang kerana kecantikannya; c. Cinta pada orang kerana ketinggian budinya; d. Cinta pada orang yang berjasa kepadanya; e. Cinta yang berbalas-balasan.

11. Cerita itu adalah emas, memberi bererti menerima dan orang yang suka melupakan dirinya akan memperbodoh dirinya sendiri.

12. Cinta itu dapat membawa bahagia, tetapi dapat pula membawa penderitaan batin dan meracuni hati.

13. Cintailah musuh anda sebab dia yang akan menunjukkan kesalahan-kesalahan anda. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang memuji-muji kita, tetapi ialah yang dapat menunjukkan kesalahan kita.

No comments: