Wednesday, October 24, 2007

A

  1. Allah tidak merubah nasib sesuatu bangsa (diri) sebelum di sendiri mengusahakannya (Q)
  2. Akan ditimpakan kepada mereka kehinaan di mana saja mereka berada kecuali kalau mereka menjaga tali perhubungan dengan Allah dan tali perhubungan dengan manusia (Q)
  3. Akhlak ialah untuk menjadikan manusia dapat hidup aman, tenteram dan rukun damai. orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya (Hadis). Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai diri sendiri (Hadis).
  4. Astronaut Apollo II sewaktu memijakkan kakinya yang pertana di bulan berkata: "Ini adalah suatu langkah yang kecil buat seorang manusia, tetapi suatu lompatan raksasa bagi umat manusia." (Amstrong).
  5. Adalah kemasyhuran kita tak terletak pada kenyataan bahawa kita tidak pernah jatuh akan tetapi kemasyhuran yang sebenar adalah apabila kita bangkit lagi setelah jatuh. (Kong Fu Tze).
  6. Anda berbicaralah dengan seseorang tentang hal-hal mengenai dirinya dan apa yang disukainya nescaya dia bersedia duduk dengan kita berjam-jam. (Hanner Obermair).
  7. Anda akan sihat selalu apabila dapat menjaga dari 60 penyakit yang ada pada hati orang yang selalu menyimpan racun dalam hatinya. (Kong Fu Tze).
  8. Apakah anda ingat bahawa tidak ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat dan tidaklah ada kedudukan yang melebihi kedukaan putus persahabatan. Tiadalah yang paling sakit di dunia ini kalau kita sudah tersisih daripada pergaulan umum. (Randanath Tagore).
  9. Alat pertimbangan: a) Akal mengalahkan nafsu; b) Iman mempertimbangkan perbuatan; c) Yakin mengurangkan marah; d) Rasa keadilan mengalahkan kehendak memiliki kepunyaan orang lain; e) Kebenaran menumbangkan kekuasaan. (Hukama').
  10. Apa yang bukan kepunyaan kita lebih menarik mata dari kepunyaan kita sendiri. Menariknya sesuatu itu hanya ketika sehingga mendapatkannya. Nafsu tidak akan penuh diberikan bumi, dia merasa selalu belum cukup. (Cerdik pandai).
  11. Apabila anda bersalah atau terlanjur membuat kekeliruan hendaklah anda mengaku kesalahan serta minta maaf sebelum orang itu berkata kepada anda. (Hukama’).
  12. Anda boleh pilih antara harta dengan pengetahuan. Harta dapat dimusnahkan tetapi pengetahuan tidak dapat dicuri. Orang kaya banyak lawan dan orang berpengetahuan banyak kawan. Orang kaya selalu susah dan orang berilmu selalu gembira. Harta akibatnya menyusahkan sedang pengetahuan menyenangkan. Pengetahuan menjaga kita, sedang harta kita yang harus menjaganya. Harta kekayaan jasmani, pengetahuan kekayaan rohani. Harta diberikan semakin berkurang, pengetahuan diberikan semakin bertambah. Jasmani sudah makan kenyang, rohani sudah makan lapar. Harta semakin dipakai semakin usang, pengetahuan semakin dipakai semakin bercahaya. Harta tinggal di dunia, pengetahuan dibawa ke akhirat.
  13. Apabila seorang mengatakan satu kesalahan orang lain, bererti ia telah bersalah sepuluh kali. Kesalahan pembicaraan sepatah mungkin membawa akibat seumur hidup.
  14. Apabila orang tiada dapat menahan hawa nafsunya bererti ia menyimpan pelor di tubuhnya buat kecelakaan bagi dirinya sendiri dan pada orang sekelilingnya.
  15. Apa yang paling susah dan mesti dijaga adalah pengoyangan lidah. Anda memotong leher anda, kerana tiga hujung yang tajam di dunia iaitu: hujung lidah; hujung pena, hujung senapang. Pena lebih tajam dari senapang dan lidah lebih tajam dari pena. Yang sebaik-baiknya perkataan ialah yang sedikitnya lebih berfaedah daripada banyaknya.
  16. Adakah anda tahu bahawa hidup yang berguna ialah hidup yang berguna ialah hidup yang ketika petang ada menyediakan suluh kerana malam akan tiba?
  17. Adalah semudah-mudah pekerjaan di dunia ini ialah mencela, sedang memperbaiki itu adalah paling sukar.
  18. Apabila kita belum pernah merasakan kesusahan, kita tidak mungkin akan dapat merasakan kemenangan.
  19. Apabila anda ketawa tentu dunia akan turut ketawa dan apabila anda menangis sendirian saja, hanya alam yang akan mentertawakannya.
  20. Anda jangan berputus asa bahawa tidak selamanya cita-cita itu berhasil kerana angin bertiup tidak menurut arah perahu berlayar.
  21. Akal tanpa dengan nafsu tidak dapat bergerak cepat, sebaliknya nafsu tanpa dengan akal selalu tidak mendapat jalan yang benar. Nafsu itu menajamkan akal dalam mencari akal, ikhtiar menyampaikan maksudnya.
  22. Anda merasa lebih bahagia sekiranya teman-teman anda sesama hidup telah merasa cinta kepada anda sebagaimana cinta kepada dirinya sendiri.
  23. Apabila kita meninggi akan patah dan apabila kita merendah akan tinggi. Jikalau kita menghargai orang lain kesudahannya kembali kebaikannya kepada kita. Apabila manusia belum tercemar budi pekertinya apa saja dia pakai bagus tampaknya. Pakaian yang indah akan turun nilainya kalau badan si pemakai kempis. Badan yang gagah akan hilang gensinya kalau budinya rendah tercemar. Lebih baik miskin tetapi mulia daripada kaya tetapi hina.
  24. Akan menduduki kursi pergaulan: a) Dengan ilmu pengetahuan; b) Dengan tabiat dan budi pekerti yang baik; c) Kesihatan yang terjaga.
  25. Apa yang anda sabarkan, anda akan kutip hasilnya kerana kesabaran menolong segala pekerjaan. Dalam kesusahan dan kesulitan itu tersembunyi nasihat-nasihat kebijaksanaan yang berharga.
  26. Apabila seorang manusia bermegah-megah dengan kelebihannya, maka bermegah pulalah anda dengan menunjukkan kesabaran dan tawakal.
  27. Apabila perkataan itu keluar dari hati maka ia pun bila didengar masuk pula ke hati, sebaliknya bila ia keluar dari lidah maka dia tidak akan melampaui telinga. Kalau anda mendengar jangan dipandang kepada orang yang berkata telitilah kebenaran katanya.
  28. Ajaran islam tidak mahu tumbuh di atas jiwa yang diselimuti oleh kemusyrikan dan kebendaan.
  29. Apakah sudah difikirkan yang anda kerjakan. Tiap sesuatu yang kita kerjakan hendaklah apa yang sudah kita yakinkan betul. Segala yang di alam ini ada faedahnya hanya satu yang tidak ada guna ialah ”Sesal kemudian”.
  30. Ada orang hidup sesudah mati dan ada pula orang mati yang masih hidup.
  31. Amaran dan kurang fikir adalah sebagai dua jurunasihat yang jahat. Marah itu ialah anak kunci dari serba serbi kejahatan. Marah asal dari nafsu yang dikuasai iblis yang berasal daripada api. Api yang kecil jadi kawan, besar jadi lawan dapat membakar, yang sulit dikendalikan. Ubatnya disiram dengan air. Nabi menyuruh mengambil wudhu’
  32. 22. Akibat dari perkataan itu adalah dua: a. Perkataan mencari kawan, iaitu menyenangkan hati orang. b. Perkataan mencari lawan, perkataan yang menyakiti dan membawa perbantahan.
  33. Ada perkataan yang lebih panas daripada bara, lebih tajam daripada jarum, lebih sakit dari digigit, lebih pahit dari segala hempedu, lebih keras daripada batu dan lebih berbisa daripada ular.
  34. Alam ini dapat dipersempit dan dapat juga diperlapang. Barang sesuatu dibawa baik dia akan menjadi baik dan kalau dibawa buruk dia akan menjadi buruk, tergantung kepada fikiran kita.
  35. Air yang terus-menerus menitik itu dapat menembus batu walaupun bagaimana kerasnya. Dengan keyakinan besi yang besar dapat diasah menjadi jarum.
  36. Adalah kita dalam rahim 40 hari air, 40 hari darah, 40 hari daging. Setelah 120 hari ditiupkan roh, tersurat takdir: a. Rezeki; b. Ajal; c. Amal; d. Untung celaka dan kebahagiaan.
  37. Adalah timbulnya keinsafan dari perasaan. Timbulnya kemahuan dari keinginan. Timbulnya keyakinan dari kepercayaan. Timbulnya kemajuan dari perubahan zaman. Timbulnya kepandaian dari kerajinan. Timbulnya kesihatan dari kebersihan. Timbulnya cinta dari mata. Timbulnya dengki dari iri hati. Timbulnya kekuatan dari persatuan. Timbulnya kebencanaan dari kebodohan. Timbulnya kerumitan dari kemiskinan.
  38. Ada tiga alat yang harus kita perhatikan: a. Otak letaknya lebih tinggi dari jantung, tempatnya juga lebih rapi dari tempat jantung iaitu di kepala; b. Jantung lebih tinggi dari perut besar dan tempatnya lebih rapi dari perut iaitu di dada; c. Perut besar hanya dibungkus dengan kulit saja sedang tempatnya juga lebih rendah. Dari ketiga tempat masing-masing itu mempunyai hikmat dan erti bagi orang yang berfikir.
  39. Akan ditanya di akhirat; a. Dari mana harta diperdapat?; b. Ke mana harta itu dipergunakan; c. Orang yang berilmu, apakah yang telah diperbuat dengan ilmu itu?; Sehari semalam kita bernafas lebih kurang 40,000 kali tiap-tiap nafas akan ditanya. Kita akan melalui kotak-kotak kosong kalau tidak diisi dengan amal kebaikan nanti dan akan dilihat kekosongan dengan penyesalan. Sehari semalam 24 jam dibagi 3, 8 jam dipakai untuk ekonomi, 8 jam untuk tidur, hanya 8 jam dibagi-bagi, untuk membaca dan lain-lain. Imam Syafie malam dibagi 3 untuk menambah pengetahuan, beribadat dan tidur.
  40. Anak batang durian walaupun masih lemah segala kesukaran berupa panas terik, hujan badai, angin ribut bukanlah untuk melemahkan batangnya tetapi sebaliknya, semakin kukuh kerana goyangan angin uratnya makin mudah menjalar sehingga berhasillah cita-citanya memberikan buah yang lazat untuk manusia. Motonya: Kalau mahu bercita-cita mesti tahan menderita.
  41. Anda akan mengetahui tandanya orang berbudi: a. Jernih mukanya; b. Lapang dadanya; c. Suci hatinya; d. Lemah lembut perkataanya; e. Baik segala perbuatannya.
  42. Anda tidaklah dapat mengenal orang melainkan pada tiga waktu: a. Tidak dapat diketahui seorang pemaaf melainkan ketika ia marah; b. Tidak dikenal orang yang berani melainkan waktu berjuang; c. Tidak dikenal sahabat melainkan di dalam waktu kesusahan.
  43. Adalah semulia darjat seseorang ialah yang masyhur namanya, tetapi tidak dikenal orang tubuhnya. Hanya namanya, tetapi tidak dikenal orang tubuhnya. Hanya kebanyakan telah dikenal tubuhnya tetap tidak dikenal kebaikannya, kalau ada cacatnya dan kerendahan peribadinya. Manusia kalau tidak membuat kebaikan tentu akhirnya akan membuat kejahatan.
  44. Alam adalah laksana sebuah kitab yang besar yang terdampar di muka kita, di dalamnya cukup tertulis perjuangan hidup yang telah ditempuh manusia ada yang baik, mujur dan bahagia dan ada pula yang jatuh, melarat dan sengsara. Bagi orang arif alam ini untuk menjadi guru buat mengambil pelajaran.
  45. Amal kebaikan yang kita kerjakan dan sedekah pada orang tidak mengurangi rezeki kita melainkan sebaliknya. Satu biji akan menumbuhkan 7 tangkai, masing-masing tangkai 100 biji yang berjumlah 700 biji.
  46. Ada orang kaya jiwanya dengan keimanan, pengetahuan budi tetapi miskin dari harta. Dan ada pula yang kaya harta tetapi miskin jiwanya dari keimanan, pengetahuan dan miskin budi.
  47. Adalah yang terpenting di dunia bukanlah mengumpulkan keuntungan-keuntungan tetapi juga apakah anda boleh menarik keuntungan dari kerugian yang anda derita.
  48. Apakah anda ada mencuba memikirkan setiap hari bagaimana anda dapat menyenangkan orang lain. Menggembirakan hati seseorang mukmin sekelip mata adalah lebih baik daripada mengerjakan ibadat sunat satu tahun (hadis).
  49. Atasilah pekerjaan yang telah berlarut-larut, kesempatan lenyap kerana kelalaian. Pekerjaan yang suka ditangguhkan menjadikan penyesalan. Apa yang patut dikerjakan sekarang, kerjakanlah sekarang juga jangan dijanjikan esok.
  50. Adakah anda sediakan waktu tiap-tiap hari untuk membaca, beribadat, bergaul, berolah raga, tertawa dan istirahat? Dan pendapatan tiap-tiap bulan adakah disediakan untuk membeli buku, ubat, menyimpan, untuk ibu dan bapa?
  51. Ada orang yang mengejar harta biar budi tergadai tetapi ada pula mempertahankan keperibadian, biar harta tiada.
  52. Adalah makanan yang haram menjadikan makanan yang kotor, makanan yang kotor menjadikan darah yang kotor, darah yang kotor menjadikan hati yang kotor, hati yang kotor menjadikan jiwa yang kotor dan jiwa yang kotor menjadikan penghidupan yang kotor. Kerugiannya: a. Doanya tidak dikabulkan Tuhan; b. Diberi ilmu tidak masuk ke dalam jiwanya; c. Mudah dapat bahaya. Salatnya tidak khusyuk.
  53. Anjing menyalak, lemparkan tulang supaya ia diam.
  54. Anda nanti tidak berapa menyesal tidak mempunyai wang, tetapi anda menyesal sekali kerana tidak mempunyai pengetahuan.
  55. Ada orang terlampau cinta kepada harta sedangkan harta itu akan ditinggalkan. Takut akan mati padahal mati itu mesti datang.
  56. Adalah orang yang beriman itu tidak harap dapat untung, tidak cemas merugi, tidak terlampau gembira jika maksud sampai, tidak kecewa jika usaha kandas, tidak gembira dipuji, tidak berkecil hati dicela, tidak tertipu dapat nikmat dan tidak bersedih benar ditimpa kemalangan.
  57. Alam ini ada pertemuan dan saat perpisahan kalau tidak mahu berpisah jangan bergaul, kerana selama bergaul mesti akan berpisah. Ke mana anda lari mesti dikejar oleh kematian, sekalipun dalam benteng besi yang kuat.
  58. Apa yang orang berikan kepada kita tentu ada apa-apa yang dikehendakinya dari kita. Dalam pergaulan hidup sudah barang tentu kita kerap kali menghendaki sesuatu dari orang sebagaimana seringkali orang lain menghendaki sesuatu dari kita sendiri.
  59. Ada manusia telah beruban, tetapi tidak ada dibalik yang ada uban itu kerana lebih kencang putaran umurnya dari pengetahuan yang diperdapatnya.
  60. Apa yang kita tidak sukai janganlah kita lakukan kepada orang lain. Yang harus dihindarkan: Pemalas, kekejaman, kesombongan dan melupakan jasa orang. Jangan anda menghinakan orang lain kerana tiap-tiap sesuatu ada kelebihannya.
  61. Apakah ertinya kesempatan bagi orang yang tidak menyergapnya. Adalah laksana telur yang telah ditetapkan oleh gelombang zaman didamparkan ke pantai sia-sia. (George Eliot). Kesempatan datang dengan tiba-tiba dan perginya pun tidak diberitahu. Rahsia dari hampir setiap sukses ialah siap sedia menerkam kesempatan yang muncul. (Disraeli).
  62. Adalah kesusahan itu sekolah hidup, tiadalah yang lebih malang hidupnya orang yang tidak pernah menempuh malang.
  63. Apabila manusia itu tidak memerdekakan jiwanya dari harta benda maka pastilah harta yang dimilikinya itu akan menguasainya.
  64. Anda akan tahu perbezaan hukuman dengan nikmat. Seorang Hukama’ mengatakan: ”Bagi orang yang tidak beriman seluruh hidup ini adalah hukuman, walaupun dia tinggal di rumah yang indah. Dan bagi seorang yang tidak bersalah seluruh hidup ini adalah nikmat walaupun dia dalam penjara”.
  65. Ada orang berebut benda keduniaan tetapi tidak mengindahkan kekosongan batin, ialah yang lahir terkumpul yang batin kehilangan terus. Kemenangan pada lahir tetapi pada batinnya seorang yang kalah.
  66. Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang akan ditinggalkan.
  67. Ada orang yang ingin berumur panjang tetapi tidak suka disebut tua. Dalam hidup bukan umur panjang yang penting, tetapi hidup yang memberi manfaat. Hidup yang sudah pendek itu akan membuat lebih pendek, jika kita mensia-siakan waktu. Orang yang membuang-buang waktu adalah orang yang mensia-siakan hidup.
  68. Ada empat yang harus anda akui: Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adat. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada mati.
  69. Anda harus usahakan kerana tidak sesuatu yang berguna daripada benar, tidak ada kejahatan yang lebih buruk daripada dusta, tidak ada ibadat yang lebih utama daripada diam, dan tidak ada kehinaan yang lebih buruk daripada kikir.
  70. Ada orang yang mengejar kelazatan jasmani saja, meninggalkan kenikmatan rohani memperkenyang tubuh tidak mengindahkan rohani.
  71. Alam terkembang jadi guru. Banyak ayat-ayat yang terdapat dalam alam bagi orang yang pandai membacanya. Pada alam ini banyak leter besar yang dapat dibaca untuk pelajaran tetapi tidak dapat dilihat, kecuali bagi orang yang berfikir dan berperasaan yang melihat mata hatinya.
  72. Apabila pemimpin meninggalkan keadilan nescaya ada anggota meninggalkan ketaatan. Keadilan itu benteng yang tidak dikarami air, tidak dihangusi oleh api dan tidak bisa dihancurkan oleh meriam.
  73. Anda mengharapkan keselamatan padahal anda tidak melalui jalannya. Sesungguhnya kapal itu tidak berjalan atas yang kering.
  74. Anda tidak bisa membangun apa pun di dunia sebelum anda membangun jiwa anda sendiri. Dan orang yang buta hati lebih besar kerugiannya dari buta huruf. Mata sebenarnya tidak melihat dan telinga tidak mendengar semuanya adalah alat. Yang melihat adalah hati. Apa yang dilihat baik tampaknya di dalamnya belum tentu baik.
  75. Ada orang yang berdekatan badan tetapi hati berjauhan, dan ada pula badan yang berjauhan tetapi hati berdekatan.
  76. Anjing yang laparlah yang paling baik untuk berburu. Pergeseran batu yang keras yang dapat menerbitkan api.
  77. Apabila pengetahuan sudah bercahaya dari satu bangsa maka tidak lama lagi mereka akan mencapai cita-cita mereka yang telah beratus tahun terpendam.
  78. Ada perbezaan besar antara orang hemat dengan orang yang kikir.
  79. Alamat bahawa orang tidak boleh dijadikan pemimpin: Tak pandai mengatur, buruk sebutan, kurang timbangan dan banyak bohong.
  80. Apabila seorang menerangkan pada anda barang yang ganjil janganlah anda ketawa. Hanya suruh jelaskan olehnya pada anda, kadang-kadang adalah memberi manfaat bagi anda.
  81. Apa yang jarang ada memang mahal. Dan barang sesuatu yang kelihatan setiap hari hilang harganya
  82. Apabila mencari kekuatan dengan menjilat sama dengan pengemis kehilangan akal yang sihat. (Socrates)
  83. Alam ini mulanya tidak ada kemudian ada dan kemudian lenyap kembali. Harta dan jiwa tidak diberikan sebagai milik yang tetap tetapi sebagai pinjaman. Barang sesuatu ada permulaan, ada perubahan dan ada akhirnya.
  84. Air yang kelihatannya lemah dan lembut itu sebenarnya keras dapat memecah batu. Dan listrik yang dijalankan oleh air dapat menjalankan kereta api.
  85. Apa yang dicari seorang pengemis dengan tidak berhasil, didapati oleh seorang optimis dengan tak usah dicarinya.
  86. Akhlak objeknya diri sendiri sedangkan orang lain itu dijadikan cermin untuk diri sendiri atau orang lain bercermin kepada kita.
  87. Apa yang menyenangkan kita sekarang pada suatu waktu mungkin mengecewakan kita.
  88. Akhlak menghendaki manusia hidup teratur mempunyai peraturan di bawah perlindungan Tuhan.
  89. Adil dalam kehidupan walaupun pada diri sendiri. Kalau jasmani makan, rohani juga makan iaitu dengan pengetahuan. Kalau jasmani berpakaian, rohani mesti berpakaian iaitu budi. Kalau jasmani berlatih, rohani juga dilatih iaitu dengan kesusahan. Kalau jasmani dibersihkan, rohani juga dibersihkan dengan kesucian batin dan kalau jasmani diubati, rohani juga harus diubati.
  90. Apa yang anda inginkan lebih cepat tercapai dengan sejumlah daripada pedang. (W. Shakespeare).
  91. Abdullah bin Al-Mubarak ketika ditanya andaikata kamu dituruni wahyu bahawa kamu akan mati pada petang ini, maka apakah yang kamu kerjakan pada hari ini? Jawabnya: ”Saya akan menuntut ilmu”.
  92. Alam ini mulanya tidak ada, kemudian ada dan kemudian lenyap kembali. Harta Allah pulang ke Allah, hidup akan mati. Manusia lahir tidak membawa harta, dan meninggal tidak membawa harta.
  93. Ajaran islam tidak mahu tumbuh di atas jiwa yang dibungkus oleh kemusyrikan dan kebendaan.
  94. Akan datang suatu masa umatku itu lebih mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara pula; a. Mencintai dunia, lupa kepada akhirat; b. Mereka mencintai hidup, lupa kepada mati; c. Mereka mencintai istana/rumah, lupa kepada kubur; d. Mereka mencintai harta, lupa hari akhirat; e. Mereka mencintai alam, lupa pada Allah SWT. (Hadis).
  95. Akal pada manusia sembilan juz pada lelaki dan satu pada wanita. Syahwat satu juz pada lelaki, sembilan juz pada wanita (Hasan Al-Bashri). Lelaki menjual cinta untuk mendapatkan seks, sedangkan wanita menjual seks untuk mendapatkan cinta.
  96. Anda akan melihat: orang-orang beriman saling sayang-menyayangi, saling cinta-mencintai, saling kasih-mengasihi sebagaimana satu tubuh. Apabila anggota tubuh sakit, maka bahagian anggota yang lain ikut merasakan sakit. (Hadis).